Tuesday 12 February 2013

HAMSTER : Robo vs Winter

!!Roborovski vs Winter white!!



Hari ni saya nak berkongsi mengenai hamster,  Roborovski dan winter. Sebenarnya saya ingin membuat perbandingan antara dua jenis haiwan ini adalah kerana, Robo saya yang bela tapi Winter kawan saya bela, melalui cerita dan perkongsian bersama oleh itu saya ingin membuat sedikit perbandingan.

ROBOROVSKI

Roborovski ni sebenarnya sangat mudah dibela, comel, ada yang manja ada yang liar. Panjang robo ni berukuran 4-5 cm bila dewasa. Berbeza dari hamster yang lain dari segi rupa, mempunyai kaki belakang yang agak panjang untuk berlari. jangka hayat 1- 2 tahun. Hamster ini mempunyai dua warna, iaitu brown face dan white. Pengalaman saya sepanjang bela hamster.... ops lupa saya bela hamster jenis roborovski, sangat lincah, sukar dipegang, tak manja, lari sangat laju, kalau terlepas, memang susah nak tangkap. Tapi yang buat saya tertarik tu robo ni yang saya nama kan Hammie ni sangat comel, kecil segengam tangan pun da cukup.Robo sangat aktif, dia tak suka duduk diam. Sangkar dia dua tingkat, setiap masa dia akan ke atas ke bawah, main roda, lincah, tengok keletah dia sangat mengembirakan.

KELEBIHAN ROBOROVSKI

  1. saiz nya yang agak kecil, membutkan dia kelihatan comel
  2. lincah dan aktif, semakin banyak mainan bertambah aktif
KEKURANGAN
  1. sukar untuk dipegang,
  2. kalau dah terlepas, kena main nyorok-nyorok dan lumba lari lah jawabnya. 
  3. tidak mesra dan mudah mengigit, tidak sesuai untuk budak yang baru belajar membela haiwan


WINTER

Melalui cerita dari kawan saya, Winter sangat manja, dia juga suka mengigit, tapi lebih kepada jilat daripada gigit. Jika kita hulur kan jari nanti winter akan gigit. Tapi satu kelebihan yang saya rasa menarik ialah winter ini boleh dilepaskan di dalam rumah tapi pastikan pintu, tingkap, bahaya semuanya terkunci rapat., winter boleh pulang ke sangkar balik jika lapar. Winter white ini seakan mirip hamster campbell, tapi saiz winter white dengan campbell berbeza kerana winter white dewasa berukuran 7-9 m. Winter white ni mempunyai 3 variasi warna iaitu normal, spphire dan pearl. 

KELEBIHAN

1. Jinak dan mudah dipegang
2. boleh bertukar warna, sekiranya diletakkan di tempat suhu dingin akan bertukar kepada warna putih tapi jika suhu normal, kembali kepada warna asalnya.


KEKURANGAN

1. malas, lebih suka tidur dibandingkan bersenam
2. suka mengigit, dan jika digigit bukan kejap dan susah nak lepaskan.

Sekian, 



No comments:

Post a Comment