Pengalaman ialah ilmu, dan ilmu yang saya perolehi ialah dari kehidupan seharian, lagi-lagi waktu kerja. Sangat seronok berkerja sebenarnya, tapi penat . Dan dari berkerja ia mengajar kita erti berdikari, menghargai apa yang kita ada, dan menghormati orang tidak kira pangkat atau umur
Habis Spm saya berkerja sebagai jurujual atau mempromosikan barang di kedai Sony di Wetex Parade , Muar. Di situ saya belajar erti berdikari dan kasih sayang, ini kerana di situ walaupun bangsa berbeza mereka saling hormat menghormati dan melindungi antara satu sama lain, kami ibarat keluarga.
Selepas itu saya berkerja di stesen minyak berdekatan rumah saya. Di situ banyak yang saya pelajari, kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal saya. Saya berkerja sebagai juru pam minyak, seronok tapi pelbagai ragam orang kita boleh lihat, ada yang berlagak, ada yang baik, ada yang pandang rendah dengan kita, tapi itu mengajar saya bahawa yang buruk itu tak semestinya rendah, dan yang baik semestinya tinggi.
Kemudian saya berkerja di Butik pakaian DYS. Di situ saya mempelajari pelbagai ilmu tentang bagaimana untuk berurusan, ia mengajar saya supaya lebih berani, bersikap terbuka dan tetap pendirian. Saya berkerja sebagai jurujual. Di situ saya kena tetap pendirian dan berani kerana biasa lah kalau ada orang yang merungut dengan harga baju, marah lah, macam-macam. Tapi ia telah membentuk jati diri saya.
Saya kat kiosk DYS |
saya dan kak Mila |
saya masa kerja di stesen minyak |
No comments:
Post a Comment