Wednesday, 6 November 2013

.....just blur...

kadang-kadang kita tak dapat nak menilai apa itu pilihan.Sama ada ia pilihan yang baik ataupun tidak. namun, kita hanya manusia yang x terlepas dari membuat kesilapan. hari ni, aq telah belajar dalam menrima takdir ku, dalam menerima keputusan dan belajar dari kesilapan. mungkin aq hanya insan biasa namun kesedihan tak mungkin aq dapat elakkan. x mungkin kan.. aq disini hanya mencoret sekilas apa yang terlintas dihati.. aq ingin mencari pembetulan dalam kesilapan aq. aq telah belajar erti kegagalan.. namun akan aq tebus setiap kegagalan aq,berbekalkan dengan azam baru yang aq sendiri patrikan dalam jiwa. kadang-kadang kita memerlukan kegagalan, kerana dari kegagalan ia menyedarkan kita agar jangan alpa dan lupa, kerana jika kita cuai kita sendiri yang rugi.

Friday, 15 February 2013

KUIH TEMPATAN


Terdapat pelbagai jenis kuih muih yang boleh kita perolehi di Malaysia ni. Kalau tengok warna, corak dia, memang terliur, memang tak  tahu nak pilih yang mana. Kuih-muih ni pun senang nak jumpa, pagi-pagi, jalan-jalan dekat kawasan kampung ke taman nampak ada warung singgah, mesti ada jual kuih-kuih ni. Tapi macam saya ni agak kesian lah sebab kadang-kadang ada kuih-muih ni susah nak dapat. Jadi dalam entri kali ni saya ada lah cari serba sedikit gambar dan nama kuih tempatan ni. 

cantik nya kek sarawak ni.=)



kuih buah melaka


kuih ketayap

kuih seri muka..=)
kuih bakar


Thursday, 14 February 2013

LABU OH LABU..


Nak cerita sikit ni, pasal labu, bukan labu dalam cerita tu, tapi buah labu. Satu petang yang heningl agi menyamankan, punya fikir dan fikir nak bg Sugar Glider makan apa, cari lah apa-apa yang patut dekat dapur, tiba-tiba, tup!! Labu... sesuai juga bagi SG makan labu ni . So tanpa fikir panjang, pergi tanya ibu boleh tak nak sikit labu, ibu cakap ambillah. Tengah susah payah potong labu ni, teringat dulu mak cik pernah buat labu goreng, sedap juga kalau petang-petang makan labu, So, dengan tungkus lumus, saya potong buah labu, bukan main susah, keras nya kulit si labu ni. ( tu lah bila tak pernah masuk dapur ni). potong-potong akhirnya siap. Sekarang cari tepung pula, tanpa ada ilmu dan tapi penuh nekad dan semangat saya terus tanya ibu apa nak buat lepas tu, ibu suruh ambil tepung aroma, senang tak perlu nak campur garam apa semua, sedap dan rangup juga yer, ni lah hasil nya...


aiks, macam ni kah rupanya, x menarik....
kejap.. tunggu sebentar........


ni dah potong saiz yang sesuai untuk digoreng


dah goreng setengah baru ingat nak tangkap tu yang sikit, 



tada....
'menarik kan, siap ada gambar lagi tu, 









Wednesday, 13 February 2013

KERENAH SUGAR GLIDER DAN HAMSTER

Oey dan Hammie, masing-masing punya ragam dan kerenah, punyai pilihan makanan masing-masing, hobi tapi satu persamaan akif pada waktu malam. Oey saya baru je bela, tapi susah juga nak faham kerenah dia ni sebab dia ni adakalanya manja adakalanya tidak. Tapi yang menarik nya tentang oey dia tak terkam saya dan buat bunyi crabbing dah. Tiap-tiap petang saya akan bawa dia berjalan menaiki moto, pusing-pusing 1 taman, dia sangat seronok, dan duduk diam.Pada waktu malam pula saya terpaksa menghabiskan waktu dalam satu atau dua jam untuk bermain dengan dia. Saya biasa akan letak pada bahu dan dia akan merayap sendiri, saya akan pusing 1 rumah ni, kemudian akan duduk di ruang tamu atau rehat untuk biarkan joey jelajah dunia lebih luas. Hamster saya pula dia memang sangat aktif, bagi je makanan mesti habis, yang tinggal nanti cuma dedak je. Nak biar dia merayap-rayap memang tak dapat, sebab nanti hilang pula, jadi saya letak kan hammie dan dimmie ( dah mati sekarang) dalam satu bekas bulat macam roda, dan saya akan biarkan dia pusing-pusing 1 rumah bahkan juga kat anjung saya.Roda ni ada terdapat di kedai haiwan.

MY LOVELY JOEY


joey tengah mamai nak tidur



nyum2, sedap minum air madu..
joey berpose dengan makan malam






MY SWEET HAMMIE AND DIMMIE

berusaha berpusing


kenangan hammie bersama dimmie









Tuesday, 12 February 2013

HAMSTER : Robo vs Winter

!!Roborovski vs Winter white!!



Hari ni saya nak berkongsi mengenai hamster,  Roborovski dan winter. Sebenarnya saya ingin membuat perbandingan antara dua jenis haiwan ini adalah kerana, Robo saya yang bela tapi Winter kawan saya bela, melalui cerita dan perkongsian bersama oleh itu saya ingin membuat sedikit perbandingan.

ROBOROVSKI

Roborovski ni sebenarnya sangat mudah dibela, comel, ada yang manja ada yang liar. Panjang robo ni berukuran 4-5 cm bila dewasa. Berbeza dari hamster yang lain dari segi rupa, mempunyai kaki belakang yang agak panjang untuk berlari. jangka hayat 1- 2 tahun. Hamster ini mempunyai dua warna, iaitu brown face dan white. Pengalaman saya sepanjang bela hamster.... ops lupa saya bela hamster jenis roborovski, sangat lincah, sukar dipegang, tak manja, lari sangat laju, kalau terlepas, memang susah nak tangkap. Tapi yang buat saya tertarik tu robo ni yang saya nama kan Hammie ni sangat comel, kecil segengam tangan pun da cukup.Robo sangat aktif, dia tak suka duduk diam. Sangkar dia dua tingkat, setiap masa dia akan ke atas ke bawah, main roda, lincah, tengok keletah dia sangat mengembirakan.

KELEBIHAN ROBOROVSKI

  1. saiz nya yang agak kecil, membutkan dia kelihatan comel
  2. lincah dan aktif, semakin banyak mainan bertambah aktif
KEKURANGAN
  1. sukar untuk dipegang,
  2. kalau dah terlepas, kena main nyorok-nyorok dan lumba lari lah jawabnya. 
  3. tidak mesra dan mudah mengigit, tidak sesuai untuk budak yang baru belajar membela haiwan


WINTER

Melalui cerita dari kawan saya, Winter sangat manja, dia juga suka mengigit, tapi lebih kepada jilat daripada gigit. Jika kita hulur kan jari nanti winter akan gigit. Tapi satu kelebihan yang saya rasa menarik ialah winter ini boleh dilepaskan di dalam rumah tapi pastikan pintu, tingkap, bahaya semuanya terkunci rapat., winter boleh pulang ke sangkar balik jika lapar. Winter white ini seakan mirip hamster campbell, tapi saiz winter white dengan campbell berbeza kerana winter white dewasa berukuran 7-9 m. Winter white ni mempunyai 3 variasi warna iaitu normal, spphire dan pearl. 

KELEBIHAN

1. Jinak dan mudah dipegang
2. boleh bertukar warna, sekiranya diletakkan di tempat suhu dingin akan bertukar kepada warna putih tapi jika suhu normal, kembali kepada warna asalnya.


KEKURANGAN

1. malas, lebih suka tidur dibandingkan bersenam
2. suka mengigit, dan jika digigit bukan kejap dan susah nak lepaskan.

Sekian, 



Monday, 11 February 2013

MAKANAN UNTUK SUGAR GLIDER

Sugar Glider ni sangat mudah kita nak jaga sebab dia makan apa yang kita makan cuma kita kena pandai kawal jenis makanan yang sesuai atau tidak dengan jumlah yang sesuai. Kalau joey saya, saya bagi dia makan sayur-sayuran dan buah-buahan, oleh kerana saya ni seorang yang penggeli dengan ulat, jadi saya tak ada lah nak bagi ulat, ada orang siap bagi cengkerik, ulat sutera, cacing.tapi saya tak lah, tapi kalau orang bukan jenis penggeli saya sarankan bagi sahaja, sebab dia kan asal dari hutan jadi haiwan-haiwan tu semua memang makanan dia. Tapi kalau ada yang jenis geli-geli dengan semua tu, boleh bagi dia makan telur rebus, ayam rebus. Walaupun SG ni sangat suka sayur dan buah tapi ada yang dia boleh makan ada yang tidak, jadi kepada sesiapa yang baru nak bela macam saya kena banyak buat kajian. Daripada apa yang saya baca berikut adalah jenis sayur sayuran dan buah-buahan yang selamat untuk dia makan.


SAYUR
  • ASPARAGUS
  • ALFALFA PUCUK
  • AMARANTH
  • REBUNG
  • BIT HIJAU
  • BIT
  • KACANG HITAM
  • PAK CHOY
  • BROKOLI PUTIH (TAK BAGUS BANYAK-BANYAK)
  • BURDOCK AKAR
  • SKUASY BUTTERNUT
  • LOBAK MERAH
  • DAUN SADERI
  • CHAYOTE
  • CHICORY HIJAU
  • SAYUR KUBIS CINA
  • COLLARD HIJAU
  • KETUMBAR
  • JAGUNG
  • COWPEAS
  • TIMUN
  • DANDELION HIJAU
  • DOCK
  • TERUNG
  • KACANG PERANCIS
  • AKAR HALIA
  • KACANG HIJAU
  • SALAD (BUTTERHEAD,GELAP HIJAU DAUN, AISBERG, RED, ROMAINE)
  • SERENDENG KACANG
  • CENDAWAN
  • SAWI HIJAU
  • BAYAM
  • BENDI
  • DAUN PASLI
  • PARSNIPS
  • PEAS
  • KENTANG
  • LABU
  • LOBAK
  • RED PEPPER
  • SAYUR KUBIS                                   


BUAH
  • BUAH DELIMA
  • PLUM
  • PRUN
  • BUAH POMELO
  • KISMIS
  • RASPBERI
  • BUNGA ROSSELE
  • STRAWBERRI
  • TOMATO
  • NANAS
  • BETIK
  • MANGGA
  • LONGANBUAH MARKISA
  • PEAR
  • PIC
  • LIMAU MANDARIN DAN KULIT NYA
  • BUAH LEMON DAN KULITNYA
  • BUAH KUMKUAT
  • KIWI
  • NANGKA
  • TEMBIKAI SUSU
  • TEMBIKAI
  • KURMA
  • KRANBERRI
  • JAMBU BATU
  • ANGGUR 
  • KELAPA
  • CERI
  • BUAH SUKUN
  • BERI HITAM
  • BLUEBERRY
INI PULA SENARAI BUAH YANG DIGEMARI SG TAPI TINGGI FOSFoRUS
  1. EPAL
  2. PISANG
Buah-buahan ini sangat tinggi fosforus, ini akan menyebabkan lumpuh kepada SG. Hal ini kerana ia akan membantutkan penyerapan kalsium kepada tulang SG dan menyebabkan ia menjadi rapuh seterusnya menyebabkan HLP (hind leg paralysis). Terdapat juga buah-buahan yang saya tidak masukkan kerana ada yang memang tak patut diberi seperti durian dan buah-buahan import.

Ni adalah makan malam Joey. telur rebus dan air madu


khusyuk oey minum air, special campur madu






Sunday, 10 February 2013

JENIS-JENIS SUGAR GLIDER

Hari ni saya ingin berkongsi cerita mengenai Sugar Glider. Sugar Glider ialah haiwan marsupial dan sering diambil sebagai haiwan peliharaan eksotik. Sugar Glider ni ada macam-macam ragam, tapi ia sebenarnya  sangat jinak dan manja dengan tuan dia. Sugar Glider ni berasal daripada Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Tapi kebiasaannya haiwan yang dieksport ini berasal dari Indonesia kerana negara lain tidak membenarkan haiwan ini dieksport. Sugar Glider ini sangat unik kerana SG yang betina mempunyai kantung seperti kangaroo. Baby SG ini dikenali sebagai Joey dan dari dia lahir sehingga berumur dua bulan joey ni akan duduk didalam kantung ibunya. SG ini sangat aktif pada waktu malam dan kebiasaannya di siang hari dia lebih suka tidur, tapi dia tak kisah pun kalau dikacau pada siang hari. SG ni digelar sebagai haiwan poket kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Haiwan ini juga hidup secara berkelompok. Terdapat pelbagai jenis SG dan warna nya.

ini adalah diantara jenis-jenis SG..

Sugar Glider White Face



Sugar Glider  leucistic



Sugar Glider Albino


Sugar Glider banded White Tip




Sugar Glider Angelo Creme Ino




Sugar Glider Cinnamon



Sugar Glider Lion


Sugar Glider Mosaic


Sugar Glider Platinum Champagne

comel kn dia ni, harga SG ni bergantung pada jenis jenis SG ni sendiri, dan harga, ada yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Tapi kalau yang biasa orang beli harganya cuma 250-350. Bergantung kepada umur dan penjual tersebut. Tapi sepanjang saya buat research di kedai haiwan harga sekitar 280 dan SG tu berumur 2 bulan.