Saturday 19 January 2013

HAIWAN PELIHARAAN

Hari ni saya nak kongsikan mengenai haiwan peliharaan. Memandangkan saya ni jenis yang suka pada haiwan dan pantang sangat kalau nampak kedai haiwan mesti saya singgah. Bagi saya haiwan ni ada keunikan dan kelebihan masing-masing. Kebanyakan orang dan saya sendiri kadang-kadang memang susah nak pilih dan tentukan haiwan apa yang saya nak bela. Oleh itu, hari ni saya akan list kan beberapa ekor haiwan yang saya rasa sangat comel dan sesuai dibela, ( sebenarnya haiwan ni semua dalam senarai nak bela) ... =)


1.HAMSTER

hamster jenis roborovski, saya punya hammie dan dimmie


Hamster ada pelbagai jenis,bentuk, saiz dan warna. Kalau ada pengemar kepada yang jenis kecil molek boleh pilih jenis Roborovski. Saiz dia sangat kecil tapi comel, kelebihan dia sangat laju bila berlari dan maknanya sangat susah nak tangkap. Tapi jenis Robo ni yang saya pilih sebab dia sangat comel. Ada jenis winter white, dan sebagainya. bergantung kepada kamu lah mana nak beli. 

Makanan :
 sangat mudah sebab makanan hamster ni dah sedia ada dekat kedai haiwan. Ada makanan yang dah dikeringkan, ada buah yang sudah dikeringkan. Pokok nya sangat banyak tinggal beli sahaja.

Sangkar : 
sangkar dia ni tak perlu besar tak perlu kecil, perlu ada roda untuk dia bermain dan rumah plastik kecil untuk dia tidur, kalau tak nak dia ada bau ada pasir mandi untuk dia, taburkan je dalam bekas nanti dia pandai golek-golek sendiri.Sangat senang sebab saya sendiri dah bela.

2.   SUGAR GLIDER



SG ni mudah dan susah itu bergantung kepada cara pemilik SG tu uruskan dan juga ragam SG tu sendiri. Ada SG yang memang sudah jinak, ada yang belum. Tapi daripada bacaan saya, kepada yang baru bela SG ni akan membuat bunyi crabbing dan seolah-olah cuba menerkam tuan dia tapi kalau kamu nak SG cepat manja jangan peduli kan marah dia, kalau kamu elak nanti lama-lama dia naik lemak dan setiap kali kamu nak pegang je dia akan buat macam tu. Lagi satu paling mustahak ni, kalau kamu bela seekor je perlu luangkan kalau boleh 24jam pun tak apa sebab nanti SG tu sunyi. (dalam proses cuba bagi sepenuh perhatian)

Makanan :

Pada saya yang baru-baru bela SG ni, saya rasa sangat mudah sebab dia makan apa yang kita makan. Dia makan sayur, buah, madu, telur rebus, ayam rebus.Semua tu memang senang lah ada, kalau tak ada ayah mesti beli. Selain tu, SG ni ada makanan tambahan dia, contoh kalsium dia, HPW, gliderade, glider booster, acaca gum dan treats, jeng3 dia pun makan ulat, cengkerik, belalang, lipas ye kalau tak geli boleh la bagi kalau geli macam saya tak perlu lah kot.

Sangakar :

harap maklum ye bahawa SG ni haiwan yang tinggal di hutan dan suka terbang dan melompat, cuba bayangkan kalau SG tu duduk dalam sangkar kecil dapat ke dia lompat-lompat. tepuk dada tanya selera. Satu masalah bau, SG memang ad bau, tapi jangan risau setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, beli spray odor untuk hilangkan bau pada sangkar dan spray untuk wangi kan dia, 
ambil perhatian!!! SG tidak boleh dimandikan, cukup sekadar lap badan dia menggunakan tisu basah yang bebas alkohol.  SG tu pembersih ye.


3. IKAN



Ikan pun  sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Terdapat pelbagai jenis ikan, ada ikan emas, ikan pelaga, ikan guppy, ikan flower horn, ikan kaloi, semua tu kesukaan orang. Pada saya, kalau umur-umur saya saya suka bela ikan guppy dan pelaga sebab warnanya yang menarik.

Sangkar : 
ikan tak perluka sangkar tapi akuarium, makanan dia senang je, beli da sedia ada. Tapi pastikan ada oksigen yer dalam akuarium tersebut. 


4, GUINEA PIG


AMBIL PERHATIAN!!!! guinea pig bukan babi ye, saya mula-mula fikir dia ni babi rupanya tidak, tapi lebih sikit macam arnab. Melalui pembacaan saya Guinea pig ni sangat manja, sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Guinea pig ini haiwan yang suka bersosial oleh itu lebih baik jika bela lebih dari seekor

Sangkar :

GP ni tak memilih sanggat pelbagai jenis sangkar pun boleh sebenarnya tapi kalau kreatif boleh buat sendiri.
makanan pula, GP akan makan rumput sebagai dietnya, juga pucuk alfalfa .


5. KUCING



Kucing, semua pun tahu dan suka, walaupun ada yang tak suka, tapi kucing adalah haiwan yang paling senang kita nak jaga, kadang-kadang nak bela kucing ni pun tak perlukan modal. Cukup kasih sayang dan makanan sihat dan cerialah kucing tu nanti.

Sangkar :

ada yang letak dalam sangkar tapi bagi saa tak perlulah kot, sebab kucing ni suka berjalan, dia pun boleh diajar, biasa orang marah sebab kucing membuang bersepah-sepah tapi boleh diajar dari haiwan tu kecil.

Makanan :
 ikan, frieskies, ayam.




Wednesday 16 January 2013

CINTA TAPI SEDIH!





Cinta ini unik. Tapi yang hari ini aku nk sentuh adalah cinta hingga hujung nyawa. Setiap orang pun ada kenangan, ada yang pahit dan ada juga yang manis.Namun tak semua pun yang kita harapkan akan berkekalan. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Dalam hidup kita ni pasti kita akan bertemu seseorang yang mungkin selama ini kita tidak nampak akan kewujudan nya selama ini dan pergi mengharapkan orang yang tidak pernah nampak kan kewujudan kita ini pula. Semua itu adalah normal. Sampai ada satu pepatah yang keluar, kita tak kan sedar yang seseorang itu sayangkan kita sampai lah dia pergi meninggalkan kita. Ye, mungkin kalau yang pergi itu masih wujud jasad nya kita boleh lah berharap, namun kalau yang pergi itu membawa sekali jasadnya, itu tak mungkin dapat kita lupakan. Dan kita mungkin menyesal dan walau seredha mana pun kita namun hati kita tetap mengharapkan dia. Apa lagi kalau kita tahu yang dia pergi itu membawa sekali cinta untuk kita. Sungguh haru kan kalau itu berlaku. Kita ini adakalanya kata sahaja kita kuat tapi tiap malam menangis mengenangkan penyesalan dan kebodohan kita, namun sebenarnya kita tak perlu bersedih dan patut berbangga kerana ada orang yang ikhlas menyayangi kita dan kita tahu siapa dia. Dan sepatutnya kita jangan menangis tapi kita patut selalu mendoakan kesejahteraan dia, dan selalu sedekahkan yasin dan al-fatiha kepada dia. sebab kalau kita menangisi itu hanya menyiksa hati kita dan kita juga menyiksa dia, tapi kalau kita sedekahkan ayat suci al-quran kita akan lebih tenang begitu juga dia malah daripada menyesal sekurang-kurangnya kita dapat menebus balik kekecewaan dia dulu. So kamu-kamu jangan bersedih jika kehilangan orang yang disayangi untuk selamanya kerana dia lah cinta sejati..KAMU PATUT BERSYUKUR.sekian..



Sunday 13 January 2013

KELUARGA BARU SAYA

Hari ni saya nak kongsikan sikit mengenai keluarga baru saya. Keluarga ni keluarga angkat saya. Pada hujung minggu yang lalu saya telah menyertai 1 program yang dianjurkan oleh UiTM. Dalam program opkim, Disana kami dibahagikan kepada ibu bapa angkat dan adik beradik angkat. Saya dapat keluarga En. Osman  dan Pn. Halimah. Saya bersyukur kerana saya dapat bersama dengan kawan saya iaitu Hayatul Safiera, dan adik beradik angkat saya sangat baik. Kami sangat akrab. Orang lain bila balik rumah mak angkat masing-masing sama-sama adik beradik tapi bila masa program dengan kawan, kami bersyukur walaupun kami saling tidak kenal tapi mana kami pergi bersama-sama. Ni keluarga angkat saya.





ini keluarga angkat saya,
Dr kiri bawah Nazira, Syafiqa, Saya,, Hayatul Safiera (adik beradik saya), abah saya, En Osman dan Pn Halimah mak saya. Gambar ni diambil baru balik dari kenduri kahwin,



zira tengah sibuk berbual kami bergambar, =)


nak balik dah..=(




CORETAN SAYA

Tiada manusia yang sempurna, tiada insan yang lemah tanpa ada kekuatan, alhamdulilah, saya kira ni lah blog pertama saya, Dalam blog ini saya tidak spesifik kepada satu-satu tajuk, Blog ini adalah segala 1001 coretan dan perkongsian tentang apa yang saya tahu. Mungkin saya akan berkongsi mengenai Haiwan, makanan, tempat-tempat menarik di Malaysia, sebab tu blog ini saya gelarkan sebagai coretan saya.. kejayaaan tak kan datang bergolek tanpa ada usaha, ibu saya pernah cakap dengan saya menggunakan perumpamaan ibu sendiri, dan hingga kini saya ingat, kalau tidak dituai padi  manakan dapat hasilnya Hari ini saya nak kongsi imej yang mempunyai kata-kata semangat, yang mampu membuat kita berjaya, kerana kita ni manusia yang lemah dan sering dipersia dan mempersiakan segala yang ada. Dengan adanya kata semangat ini harap dapat membuka mata seterusnya hati kita,